Subjek kemahiran hidup terbahagi kepada 2 bahagian
TERAS
ELEKTIF
Bahagian teras diwajibjan semua pelajar mengikuti dan mempelajarinya meliputi kemahiran bahagian
- Reka bentuk
- Elektrik
- Tanaman
- Jahitan
- Kerja paip asas
- Asas perniagaan
Bahagian elektif pula terbahagi kepada 4 pilihan iaitu
Pilihan KT - Kemahiran Teknikal Pilihan ERT - Ekonomi Rumah Tangga Pilihan PD - Perdagangan Pilihan SPN - Sains Pertanian
Subjek kemahiran dipelajari secara lebih khusus di dalam bengkel atau makmal kemahiran hidup
- Bengkel atau makmal kemahiran hidup perlulah
- Dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan untuk proses pembelajaran
- Terdapat ruang yang sesuai untuk pelajar belajar dan membuat latihan
- Peraturan yang diamalkan untuk mengekalkan keselamatan , kebersihan , dan keselesaan untuk belajar dan membuat latihan
Peraturan am penggunaan dan keselamatan bengkel kemahiran hidup
Masuk setelah mendapat kebenaran dan arahan daripada guru Pakai pakaian yang sesuai dan memakai kasut getah Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa mendapat kebenaran dan penyeliaan daripada guru Duduk dan bekerja ditempat yang telah ditetapkan Jika berlaku kemalangan atau kecederaan , segera beritahu guru yang berkenaan Pastikan bengkel dalam keadaan selamat dan selesa ketika penggunaannya dan bersih serta kemas sebelum meninggalkannya.